Thursday, August 4, 2011

Kenapa kita dikurniakan penyakit?

Berat sikit "entry" kali ni. Apa yang buat saya menulis tentang ini? teringat masa dapat panggilan dari seorang sahabat yang sama-sama belajar di US dulu, Linda. Dulu, kalau nak differentiate Linda mana, dia ialah Linda Mem, kerana perawakannya yang memang macam mem, but in a nice way, bukan macam diva, no! not at all, jauh sekali. Very happy-go-lucky and boleh klik dengan semua orang. Saya Linda apa? Linda Nose.. sebab apa? Sebeb terkena joke bodoh Emry pasal hidung. Tak nak cerita pasal tu, tu kisah 20 ( 2 dekad dah?) tahun dulu.

Mem ada kanser thyroid. Kalau dengar suara dia, she didn't sound so good, macam tercungap2. Kesian! Saya tak sanggup nak tanya banyak, takut dia letih, mungkin baru habis kemo? Tak tau, tak sanggup nak tanya. Lepas habis cakap, saya jadi sebak, macam2 datang dalam fikiran saya. Dia anak sulung, macam saya, ada dua anak2 yang masih membesar. Allah! berilah dia kesihatan yang baik dan rahmatilah dia.

Kenapa kita dikurniakan penyakit? Sebab Allah sayang kita, dia nak kita ingat pada dia....

p/s: Mem, if you're reading this, please know that you are such a tough person and you are so blessed to have great family and friends (ehemm) who love you... I pray for your long and healthy life. Till we meet again!

Teringat juga kepada arwah adik, Muhammad Nazim b Daldiri yang 30 tahun menanggung sakit buah pinggang sejak lahir. Tahun ini, tahun ke-3 raya tanpa arwah...Al-fatihah untuk rohnya

No comments:

Post a Comment